Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lagi peguam dinamakan calon ‘third force’ PRU-13


KUALA LUMPUR, 22 Dis  - Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) mengumumkan peguam Sreekant Pillai sebagai calon kedua ‘third force’ untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13. Pada 12 Disember lalu, MCLM mengumumkan peguam dan aktivis hak asasi Malik Imtiaz Sarwar sebagai bakal calon pilihan raya umum kali ini, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.
Pengumuman tempoh hari dibuat di London. Bagaimanapun MCLM, yang didaftarkan di London, mengumumkan calon keduanya pada satu forum awam di sini malam tadi.
Seperti Malik, Sreekant (gambar) juga mewakili kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, yang keputusannya akan diketahui 5 Januari depan.
Peguam itu merupakan anak bongsu wartawan ternama mendiang M.G.G. Pillai. “Ayah saya mengajar saya bahawa tidak salah untuk bertindak idealistik, untuk sentiasa berpegang pada apa yang anda percaya dan sentiasa mencari kebenaran. Itu yang saya lakukan sekarang,” kata peguam berusia 37 tahun ini.
Sreekant juga mengaku bahawa beliau telah didampingi MCLM kira-kira dua bulan yang lalu untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Tambah Sreekant, beliau hanya membuat keputusan baru-baru ini dan menjanjikan komitmen untuk melaksanakan agenda pembaharuan.
“Saya berharap dapat memberikan khidmat dan mempertahankan hak rakyat. Itu yang saya lakukan.
“Saya tidak akan patah balik. Sudah terlalu lewat untuk berbuat demikian,” kata beliau yang disambut dengan hadirin terdiri daripada pelbagai kaum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini malam tadi.
Pada 12 Disember lalu, editor kontroversial Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, yang membantu mewujudkan barisan ‘third force’ menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk membetulkan sistem politik, yang menurutnya “sudah rosak”, mengumumkan Malik sebagai calon pertama MCLM untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
MCLM ditubuhkan Oktober lalu oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di London. Raja Petra merupakan pengerusinya manakala peguam dan juga blogger, Haris Ibrahim pula presidennya yang mengendalikan operasi dari sebelah Malaysia.

0 Komen pengunjong :