Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Konvesyen Berjaya Jawab Isu Besar- Dr Mujahid

Kali kedua diadakan konvensyen Pakatan Rakyat semalam dianggap berjaya mencapai matlamatnya, ujar Pengerusi Jawatankuasa konvensyen Dr Mujahid Yusof Rawa.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, keterlibatan peserta diluar jangkaan, setiap parti menghantar 600 perwakilan. Dicampur dengan pemerhati ia mencecah 3000 orang.

Lebih membanggakan, konvensyen ini berjaya menjawab isu dan tohmahan Umno-Barisan Nasional.

"Konvensyen ini berjaya menjawab persoalan penting seperti isu Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu telah banyak memberi jawapan dalam memahamkan dan menjawab tomahan. Secara rumusan kerjasama ketiga-tiga parti adalah yang perlu ambil kira sebagai penting dan baik. Ketiga-tiga parti pasukan Pulau Pinang berjaya melaksanakan konvensyen di Pualau Pinang baru-baru ini.

"Matlamat konvensyen berjaya dan semua berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir," katanya.

Turut menjadi kebanggaan pada kali ini ialah penyertaan pemimpin pelapis dari ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat sehingga mendapat pujian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengulung perbahasannya semalam.

"Kalau kita lihat yang membahas isu adalah kalangan anak muda. Pimpinan pelapis kita tunjukkan, kita tidak kekurangan pelapis. Pimpinan kita dari PAS, DAP dan PKR bukan sahaja banyak tetapi melimpah ruah, dari sudut keupayaan sumber kepimpinan Pakatan Rakyat, saya boleh katakan lebih berkualiti dari barisan nasional.

"Mereka(anak muda) mengambarkan kepada orang ramai bahawa telah bersedia untuk membuat perubahan besar bagi negara ini dan  membawa rakyat untuk bersama-sama kita," jelasnya kepada Tv Selangor.

0 Komen pengunjong :