Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Apco: Razali pembohong, kata Yusmadi




SHAH ALAM 20 DIS: Ahli  Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim melakukan 'pembohongan'  apabila mendakwa Datuk Seri Anwar diberi peluang untuk mempertahankan diri dari tuduhan bersabit isu Apco, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
Razali dipetik oleh Bernama sebagai mendakwa kononnya Anwar selaku Ketua Pembangkang  mempunyai peluang untuk membela diri di Parlimen minggu lalu tetapi tidak menggunakannya.
Razali turut mendakwa Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotainya telah memberikan ruang luas kepada Anwar untuk membela diri tetapi beliau ingkar.
Yusmadi berkata Razali jelas berbohong kerana Jawatankuasa berkenaan sudah pun mengambil ketetapan untuk menggantung Anwar selama enam bulan sebelum Parlimen bersidang minggu lalu.
Rabu lalu Anwar meminta penjelasan dari Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia  bagaimana jawatankuasa itu boleh menghukum beliau tanpa memanggilnya untuk memberi keterangan dan dokumen-dokumen berkaitan.
Speakar Pandikar Amin hanya mengatakan bahawa hukuman yang dikenakan terhadap Anwar  adalah mengikut prosedur.
"Saya yakin beliau arif dalam perkara tersebut dan rekod juga menunjukkan bahawa Anwar tidak diberi peluang dan ini merupakan satu pembohongan dan secara langsung melucutkan kelayakkan beliau sebagai orang duduk dalam jawatankuasa tersebut," ujar Yusmadi.
Selain Anwar, tiga lagi ahli parlimen pakatan rakyat, iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama pada Khamis lalu.
Mereka tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mempertahankan diri dari sebarang tuduhan.
Sebaliknya ahli Parlimen Barisan Nasional menggunakan kuasa majority di Parlimen untuk melulluskan hukuman itu yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz.
Apco yang berpangkalan di Israel diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos RM77 juta.
Syarikat pro-Zionis itu dikaitkan dengan slogan 1 Malaysia yang mirip dengan gagasan 1Israel yang diguna oleh rejim Zionis pada tahun 90an.

0 Komen pengunjong :