Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tidak patriotik: Zahid singgung bukan Melayu

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa memohon maaf dan menarik balik dakwaannya bahawa bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik.
Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat pada sidang media di parlimen hari ini berpendapat, kenyataan Ahmad Zahid itu rasis, tidak berasas dan menyinggung perasaan bukan Melayu.
"Saya terkejut dan terluka apabila 'tidak patriotik' tersenarai sebagai faktor kenapa bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera.
"Kenyataan itu tidak boleh diterima seolah-olah bukan Melayu ini tidak setia kepada negara," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (PAS-Bukit Gantang) pula berpendapat, kemungkinan bukan Melayu kurang minat menyertai tentera kerana sering berlaku penyelewengan dalam pasukan itu termasuk kes enjin kapal terbang hilang.
"Kenyataan itu bertentangan dengan 1Malaysia. Saya rasa mereka yang bukan Melayu ini tidak mahu terjebak dengan penyelewengan yang berlaku dalam tentera," katanya.
Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu diguna untuk kepentingan politik Umno.
Menteri sewaktu menjawab soalan M Kula Segaran pagi tadi memberi empat sebab kenapa bukan Melayu kurang berminat menyertai pasukan tentera.
Ianya termasuk disiplin yang ketat, gaji yang tidak setimpal, tiada inisiatif dan tiada semangat patriotik.
Menurutnya, pada tahun 2009 seramai 8,100 telah direkrut dengan pecahan 90 peratus Melayu, 0.26 Cina dan 0.91 peratus India.
Sehubungan itu, M Kula Segaran akan mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi membolehkan perkara tersebut dibahaskan.

0 Komen pengunjong :