Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Third Force’ boleh gugat Pakatan di PRU-13

Pakatan Rakyat mempunyai banyak kekuatan yang tidak ada pada gabungan politik sebelum ini, dalam sejarah menentang musuh penjajah British, Perikatan mahupun Barisan Nasional sekarang, kata Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali.  Bagaimanapun, beliau melihat cubaan pembentukan "Third Force" (Kuasa Ketiga) boleh memberi nafas kepada UMNO-BN.
"PAKATAN menyatukan parti-parti terbesar di luar pemerintahan sebagai hanya satu gabungan.  Namun begitu, ia harus menarik juga parti-parti kecil yang masih belum menyertainya, dengan syarat mereka menyokong penuh Dasar Pakatan Rakyat yang telah disetujui pada 19 Disember 2009.  Kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya akan datang."
Beliau mengingatkan, "Namun, ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai 'Third Force'.  Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada UMNO-BN.  Ia akan juga menyulitkan PAKATAN untuk mencapai kemenangan besar.  Perkara ini pelu ditangani dengan bijaksana."
Syed Husin Ali berkata sedemikian dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan, yang berlangsung di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi ini.  Ini merupakan kali terakhir Syed Husin Ali yang menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR sejak tahun 2003 memberi ucapan perasmian Kongres Wanita dan AMK.

0 Komen pengunjong :