Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SPR Tukar Prosedur Pengundian Orang Asli





GALAS, 2 NOV: PAS hari ini mendedahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membawa empat peti undi orang Asli ketempat pengumpulan sebelum undi dikira pada 4 November nanti menggunakan helikopter.


Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, pihak PAS  membuat keputusan untuk menghantar surat kepada SPR esok bagi membantah keputusan itu justeru akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka menolak.


Beliau menambah, keghairahan Umno-Barisan Nasional(BN) mendapatkan sokongan orang Asli menjelang dua hari sebelum pilihan raya kecil DUN Galas memaksa PAS mendedahkan perkara ini kerana meragui kemungkinan berlaku penipuan undi ketika pemindahan kotak undi dibuat.


Abdul Fatah melihat tindakan SPR menukar prosedur pengundian di DUN Galas mencerminkan tindakan terdesak parti BN untuk meraih undi majoriti melalui kaum Asli.


Menurut perangkaan, jumlah undi Orang Asli di DUN Galas sebanyak 1926 orang.


Mengikut prosedur awal, setelah undi dikira di pos undi, pegawai SPR akan menandatangani Borang 14 dan menyerahkan kepada ejen parti sebelum dibawa ke pusat pengumpulan undi. Namun hari ini maklumat yang diterima menyatakan SPR akan mengira undi di pusat pengumpulan setelah proses pengundian selesai.

0 Komen pengunjong :