
"Iran menyifatkan kewujudan walaupun satu senjata nuklear sebagai ancaman besar kepada masyarakat antarabangsa dan yakin kepada dunia yang bebas dari senjata nuklear," kata beliau yang juga Ketua Suruhanjaya Dasar Luar dan keselamatan Negara, Parlimen Iran (Majlis).
Dalam pertemuannya dengan Pesuruhjaya Hal Ehwal Luar Senat Republik Demokratik Congo, Jean Claude Mokeni, Boroujerdi merujuk kepada kemajuan Iran dalam berbagai bidang walaupun terdapat tekanan politik dan pelbagai sekatan.
Katanya, kemajuan yang dicapai ini telah membuka peluang untuk meluaskan hubungan Tehran dengan negara-negara di Afrika.
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima sekatan pusingan keempat terhadap Tehran pada Jun lalu setelah menerima tekanan dari Amerika Syarikat (AS), yang mendakwa Iran meneruskan program nuklear ketenteraannya.
Sejurus selepas menerima resolusi PBB anti Iran itu, AS, yang memiliki dan menggunakan senjata nuklear pada masa-masa lalu, dengan bermotifkan politik mengusul langkah sekatan tambahan terhadap Republik Islam itu, yang tidak memiliki senjata nuklear atau mahu membangunkan senjata itu.
Sekatan unilateral
AS kemudian menekan Jepun, Kanada dan Australia untuk melaksana sekatan unilateral yang serupa dengan Republik Islam itu dengan menyasarkan pelaburan dalam industri berkaitan tenaga negara itu.
Iran berkata, sebagai ahli Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan penandatangan Perjanjian Anti-Pengkayaan Nuklear itu, ia mempunyai hak untuk menggunakan tenaga nuklear untuk menjana elektrik dan penyelidikan perubatan.
Para pegawai Iran menegaskan sekatan dan tekanan antarabangsa menyediakan Iran dengan lebih banyak peluang untuk kemajuan dan membantu negara itu mencapai keperluan secukupnya dalam sektor tenaga dan banking.
"Iran bersedia untuk memperluaskan hubungan dengan negara-negara Afrika berdasarkan kepentingan bersama dan saling hormat menghormati," kata Boroujerdi seperti dipetik oleh Fars News Agency.
Beliau menambah, pengluasan hubungan dengan negara-negera Afrika merupakan salah satu keutamaan dalam dasar luar Iran.
Mokeni menyifatkan dasar bebas Tehran dalam arena antarabangsa merupakan faktor yang memberi kekuatan kepada negara-negara yang lemah dan berkata, "Republik Demokratik Congo menganggap sokongan dan bantuan Iran adalah perlu untuk pembangunannya.
0 Komen pengunjong :