Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rumah Sukarno dijual USD 3.8 juta

detik_DSC03651

Polemik penjualan Istana Gebang di Blitar, Jawa Timur, berakhir sudah. Pemerintah Kota Blitar dan Pemerintah Jawa Timur akhirnya sepakat membeli rumah masa kecil mendiang Presiden Soekarno itu dari pihak ahli waris, Ny Soekarmini Wardojo, kakak Bung Karno.
Kerana ini merupakan peninggalan budaya bernilai sejarah tinggi dan mampu menarik pelancong, pemerintah kota berupaya mengelolanya menjadi paket pelancongan selain pelancong ke kubur Bung Karno.

Rumah di Jalan Sultan Agung, Kelurahan Bendogerit, Kecamatan Sanan Wetan  itu dibeli dengan harga USD 3.8 juta. Dana  diambil dari APBD Pemprov Jatim dan APBD Pemkot Blitar.
Sebelumnya, ahli waris Ny Soekarmini Wardojo meletak harga jual Istana Gebang, yang dikenal warga sekitar dengan sebutan Dalem Gebang, lebih USD 4 juta.
Namun, setelah proses tawar-menawar, akhirnya harga USD 3.8  disepakati.
“Prinsipnya, soal harga sudah ada deal dengan pihak ahli waris. Rancangannya, Istana Gebang yang merupakan bangunan cagar budaya ini akan kami jadikan Museum Bung Karno,” ujar Datuk Bandar  Kota Blitar Samanhudi Anwar kepada Surya, Jumaat.
Samanhudi mengaku, pihak keluarga pada awalnya tetap bertegas menjual rumah itu dengan harga tinggi. Namun, Pemkot Blitar jelas tidak akan mampu membelinya. Pihaknya kemudian menawarkan agar aset Istana Gebang, sekitar 2 km ke arah selatan dari Makam Bung Karno ini, ditetapkan sebagai salah satu bangunan cagar budaya.
Tujuannya agar Istana Gebang tidak dipindahtangankan ke pihak asing yang juga tertarik. Namun, kerana ahli waris bertegas menjual, setelah beberapa kali pertemuan, akhirnya harga USD 3.8 juta disepakati.
“Kerana ini merupakan peninggalan budaya bernilai sejarah tinggi dan mampu menarik pelancong, pemerintah kota berupaya mengelolanya menjadi pakej pelancongan selain melancung kubur  Bung Karno,” ujarnya.
Samanhudi juga menjelaskan, pembelian Istana Gebang  seluas 1,4 hektar ini bakal direalisasikan pada anggaran tahun depan. (DIM/ARU)

0 Komen pengunjong :