Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan perlu sedia hadapi pilihanraya

IMG_0385

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih melihat beberapa aspek penting  dalam  persediaan  menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Namun,  Khalid yang ditemui enggan memberitahu  butiran lanjut berhubung strategi Pakatan, sebaliknya berkata persediaan itu perlu dilakukan dari sekarang.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai strategi kami (Pakatan) tetapi saya nasihatkan kita perlu bersedia daripada sekarang.
"Kita akan lihat aspek di Malaysia persediaan apa yang pemimpin dan parti harus lakukan," katanya dalam sidang media selepas persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini.
Pakatan Rakyat merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS menjadi kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Khalid turut menafikan persidangan kali ini membincangkan tentang persediaan pilihan raya tersebut.
Sebaliknya persidangan yang masuk kali kedua itu katanya adalah untuk membincangkan sistem pentadbiran dan politik di negeri-negeri Pakatan.
"Tiada…kami tidak bincang tentang pilihan raya dalam persidangan ini. Kami bincang tentang sistem pentadbiran dan politik negeri Pakatan dalam meneruskan cita-cita rakyat seperti apa yang kita janjikan dahulu.
"Kita bincang Pakatan sebagai kumpulan politik malah setiap menteri besar daripada kita sendiri memberi ucapan dalam bengkel yang telah diadakan hari ini.
"Persidangan ini juga mengimbas kembali usaha -usaha dilakukan Pakatan pada Mac 2008 dan kita mahu kongsi pengalaman ini bersama-sama dan bekerjasama untuk bangunkan negeri kami," katanya.

0 Komen pengunjong :