Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mantapkan Persefahaman Tuju Putrajaya : Dr Syed Husin Ali






Anggota Parti Keadilan Rakyat yang merupakan nadi pengerak reformasi  perlu memantapkan persefahaman di peringkat akar umbi bagi mencapai hasrat menawan Putrajaya tegas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr. Syed Husin Ali.
Syed Husin juga meletakkan keyakinan terhadap Anwar sebagai pengemudi zaman perubahan ini tatkala media kawalan Umno-Barisan Nasional secara konsisten menyerang peribadi dan kepimpinan Anwar mutakhir ini.
"Saya yakin Anwar mampu mengemudi zaman perubahan. Tapi kemudi sahaja tidak cukup , perahunya kena kukuh," ujar beliau di hadapan 2000 anggota PKR negeri Selangor yang hadir.
Sementara itu Syed Husin menyatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 'mengalu-alukan' kepimpinan yang sudah 'tidak serasi' dengan perjuangan parti untuk keluar membawa haluan sendiri.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali mengungkapkan tindakan Zaid Ibrahim untuk keluar parti adalah jalan terbaik selain mengecam tindakan Zaid memburukkan kepimpinan PKR menerusi media Umno-Barisan Nasional.
"Kalau mahu gantung diri, biar sampai mati," ujar beliau ketika memberi ucapan di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi.
Rata-rata pemimpin PKR mengecam tindakan Zaid menjatuhkan imej parti yang ditumpang beliau untuk mendapatkan populariti yang kemudiannya mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Disember nanti.
Beliau berhasrat untuk menubuhkan parti politik baru kononnya mendokong perjuangan keadilan sebenar.
Syed Husin juga menyifatkan apa yang berlaku dalam perkembangan PKR adalah satu proses pembersihan parti untuk muncul sebagai parti yang unggul dan mendepani perjuangan rakyat.
Rapat Umum bertemakan 'Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman' beliau berkata, komitmen dan perjuangan PKR tidak dapat dijual beli justeru mendesak supaya anggota-anggota memperkukuhkan kepercayaan menuntut keadilan demokrasi di negara ini.
Syed Husin juga menyifatkan usaha Umno-Barisan Nasional mengajak PAS menyertai parti itu sebagai alasan kekurangan sokongan daripada rakyat terhadap parti kroni itu.
"Ini permintaan parti (Umno) yang sudah bankrup," tegas beliau.

0 Komen pengunjong :