Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketuanan Melayu harus ‘ditinggalkan’ kerana perdaya kaum Melayu


PETALING JAYA, 27 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.
“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.
Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.
“Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.
“Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari.
“Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.
Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar itu turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di negara ini.
“Kerajaan Umno-BN juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
“Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan.
“Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
“Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita.” katanya.
Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan Orang Asli membuktikan parti Melayu terbesar itu tidak berjuang untuk bangsa sendiri.
“Semua ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO bukan berjuang untuk membela orang Melayu.
“Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah “parti tauke” dan jauh sekali untuk berwajah sebagai parti rakyat.
“Maka itu, PKR dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat,” katanya.

0 Komen pengunjong :