Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Idris Jala Dibidas Berhubung Indeks Rasuah




KUALA LUMPUR 3 NOV: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri yang menguruskan NKRA, Datuk Idris Jala, Perkhidmatan dan Prestasi Unit Pengurusan (Pemandu) serta Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) selepas gagal  membanteras rasuah dengan mendakwa bahawa kedudukan Transperency International (TI) dan skor yang diberikan tidak benar dan tidak boleh dipercayai.

Kit Siang dalam sidang media di lobi Parlimen pagi tadi berkata tanggapan Menteri tersebut tidak boleh diterima dan tercela.

Malah kata beliau, Malaysia kini dilihat semakin korup sementara negara-negara lain semakin menurun dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak 16 tahun lalu.

 "Pembanterasan korupsi  dalam Bidang Keberhasilan utama Negara (NKRA) telah menetapkan sasaran untuk  meningkatkan nilai TI dari 4.5 tahun lalu menjadi 4.9 tahun ini, tetapi sebaliknya telah berlaku jatuh kepada  4.4,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

"Tahun ini, merupakan yang terburuk  dan seharusnya menjadi isu utama di Parlimen yang sepatutnya diberikan penjelasan di  dalam pembentangan belanjawan 2011.

“Sebaliknya, hal ini telah dielakkan seperti wabak, meskipun ramai ahli Parlimen bercakap tentang hal itu dalam perdebatan,” kata Kit Siang kepada media, hari ini.

Tambah Kit Siang, dalam CPI TI pertama di tahun 1995, Malaysia menduduki tempat ke 23 dari 41 negara atau kedudukan ke 6 tertinggi negara di rantau Asia-Pasifik selepas New Zealand-1, Singapura-3, -, Australia 7 Hong kong-17 dan Jepun-20, dengan skor CPI sebanyak 5,28.

"Apa yang mendukacitakan, selepas 16 tahun kemudian, dengan pelbagai kempen anti rasuah, Malaysia terus tetap berada di takuk paling rendah dengan kedudukan ke-56 berbanding  tahun lepas," kata beliau.

0 Komen pengunjong :