Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah Anwar, siasat APCO

Angkatan Muda keadilan mahukan  syarikat perunding APCO disiasat bersabit satu lagi cubaan menfitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim  menerusi artikel pembohongan .

APCO ialah syarikat perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos lebih RM70 juta bagi memulihkan imej beliau di dalam dan luar negara.

Ketua AMK  Shamsul  Iskandar Md Akin berkata tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger  diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan yang mengaitkan penulis itu kepada  APCO.

Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong  apabila  memberi  gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi  Aung San Sun Kyi.

"Antara strategi APCO adalah untuk menyerang Anwar semaksima mungkin dan apa sahaja tindakan Anwar,  pandangan beliau tentang isu-isu dasar luar seperti pembebasan Aung San Suu Kyi dan juga berkaitan perkara-perkara yang diucapkan oleh beliau di luar negara seperti di Australia, diulas sendiri oleh Datuk Seri Najib, dan ada dikalangan yang direncanakan atau digerakkan untuk menyerang Anwar dari segi aspek itu," kata Shamsul.

Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.

Justeru tulisan Motte adalah fitnah dan kemungkinan beliau mempunyai hubung kait dengan APCO tidak boleh diketepikan.

Ketika melawat Australia, Anwar hanya menegaskan bahawa  dalam mengecam kekejaman di  Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia  juga harus  peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas- asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.

Contoh-contoh ketara adalah kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa dan  rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah.

Ini bukan kali pertama Motte  mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi  artikel seperti the reversal of Anwar Ibrahim.    

"Ini satu strategi yang kohesif, strategi yang tersusun dan kemas dalam usaha untuk menunujukkan bahawa Anwar Ibrahim ini tak layak untuk memimpin, dan komen-komennya adalah komen-komen yang tidak memberikan impak kepada masyarakat dalam dan luar negara. Sebab itu, serangan itu bertumpu kepada beliau (Anwar) sekarang ini," kata Samsul.

0 Komen pengunjong :