Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Calon Baru Dan Muda Untuk PRU-13: Anwar



SINGAPURA NOV 11 :Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya  Umum ke-13.
Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.
Anwar berkata ini adalah selaras dengan  parti itu sebagai parti "Reformasi", dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.
Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.
Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 November lepas.
Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.
Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :