Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sokongan tidak berbelah bagi terhadap pimpinan Anwar

Saya merujuk kepada laporan bertajuk "Anwar, Azmin tak tunduk desakan keluar parti" pada muka 4 Berita Harian bertarikh 10 November 2010 yang ditulis oleh wartawan Anwar Hussin dan Haspaizi Mohd Zain.  Di dalam ruangan berita tersebut, Berita Harian telah menyiarkan gambar saya bersama Zaid Ibrahim dengan caption yang tertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".
Saya (Mustaffa Kamil Ayub, gambar kanan) membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Anwar dan Azmin berundur.  Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan KEADILAN 2010 dan kandungannya diketahui oleh Anwar dan Wan Azizah.  Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Zaid Ibrahim dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Zaid Ibrahim tanpa kehadiran saya.

Saya ingin menegaskan bahawa sokongan penuh saya kepada Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden KEADILAN tidak pernah berubah.  Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli-ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.  Saya percaya bahawa KEADILAN, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara.
Memorandum yang saya hantar dua hari yang lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti 2010 dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan Pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).  Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminan yang saya terima dalam pertemuan saya dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama.
Saya memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar, saya sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam.  Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran.

"KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
"KEMBALIKAN SUARA RAKYAT"

*Kenyataan media oleh Mustaffa Kamil Ayub selaku Naib Presiden KEADILAN dan Calon Timbalan Presiden KEADILAN.


*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :