Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Tak Mahu Layan Desakan Zaid Supaya Undur Diri

AI39KUALA LUMPUR 9 Nov - Pandangan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim  supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali  berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti
secara keseluruhannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ianya boleh dipertimbangkan.

"Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dalam responnya berkata KEADILAN adalah parti reformasi dan jika rakyat mempercayai kata-kata Zaid, sepatutnya beliau memperolehi undi yang banyak.

"Bagi saya, rakyat tahu siapa yang sebenarnya yang membawa reformasi, KEADILAN sebagai parti dan juga perubahan di Malaysia secara amnya.

"Pengiktirafan itu bukan daripada peringkat tempatan malahan juga di peringkat antarabangsa," tegas beliau.

Yusmadi turut meminta supaya Zaid bermuhasabah diri dan melihat kembali di mana silapnya kerana menurutnya perkara itu belum terlambat untuk diperbetulkan.

"Kenapa perlu merosak dan mengkusutkan keadaan, beliau sepatutnya bermuhasabah daripada menyalahkan orang lain," ujar Yusmadi.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang tidak berpuas hati dengan tindakan Zaid supaya Anwar berundur mempersoalkan siapa beliau untuk membuat desakan tersebut.

"Siapa dia untuk mendesak Datuk Seri Anwar bersara, dia baru berapa hari dalam parti sedangkan saya sudah 12 tahun dengan parti pun tidak  berani cakap begitu.

"Umum tahu, Anwar merupakan penyebab kebangkitan 82 kerusi yang telah kita tawan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," kata beliau.

Abdullah Sani dalam kenyataan juga menyelar sikap Zaid yang sepatutnya memberikan sumbangan kepada parti tetapi perkara yang berlaku  katanya adalah sebaliknya.

"Beliau langsung tidak menyumbang kesan baik kepada parti malahan kata-kata yang dikeluarkannya merosakkan fikiran anggota parti.

"Bagi saya, dia berhak berkata apa pun tetapi saya sebagai ahli parti merasakan ia merupakan satu kenyataan yang tidak bermoral, dan orang yang kecewa.

Justeru, beliau meminta supaya Zaid mengambil apa sahaja tindakan yang dirasakan perlu dan jika ingin keluar parti, ianya sangat dialu-alukan kerana parti katanya tidak perlukan orang seperti itu.

Sebelum itu, Zaid dalam sidang medianya pagi tadi terus membidas kepimpinan PKR berkata Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam KEADILAN).

Zaid dalam kenyataannya berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur daripada kepimpinan parti.

*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :