
Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.
"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.
Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.
Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.
"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.
Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO selama ini.
Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.
"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.
Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.
"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.
Salam,
ReplyDeleteTanpa mengunakan ilmu logika yang sukar, kita tahu apabila warga emas mendapat duit bantuan dari Kerajaan Pakatan Negeri Pulau Pinang, duit tersebut tidak disimpan untuk dijadikan bahan kenangan kerana kumpulan warga emas tersebut bukannya termasuk dalam kategori orang senang. Mungkin, terdapat sebahagian mereka telah membelanjakan wang tersebut pada hari pertama mereka menerima wang tersebut.
Dan apabila terdapat sebahagian dari mereka memulangkan wang itu kepada Kerajaan Pakatan melalui pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang atas alasan konon wang itu adalah 'haram', kita percaya itu warga emas yang terlibat telah diberikan setiap seorang RM100 dan dipulangkan semula pada hari yang sama dalam peti kaca/plastik. Inilah rupabentuk lakonan murahan pemimpin Umno Pulau Pinang yang mahu menunjukkan mereka terkategori dalam golongan yang amat bertakwa walaupun jauh disudut hati mereka tahu mereka tidak sebaik manapun .
Oleh itu kita tunggu sandiwara purbakala ini berakhir. Dan selepas banyak duit telah 'dikutip' , maka pemuda DAP/PKR/PAS perlu memuat laporan polis boleh kerana wang yang dikatakan akan dipulangkan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang , masih belum dipulangkan atau mungkin telah salahgunakan oleh pemimpin Umno.
Mungkin inilah pengajaran yang terbaik buat pemimpin UMNO yang jahat dan berhati busuk.
Sekian.