Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tiada laporan kematian pelajar Malaysia dalam kejadian gempa bumi di Indonesia

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.
Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.
Orang ramai boleh memperolehi maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-88892746, 03-88874570 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 6221-5224947 atau 6221-52244971.
Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian  gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam.
“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa,” kata Wisma Putra.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersedih di atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang dialami dalam gempa bumi dan tsunami itu.     
“Sebagai sahabat Indonesia, Amerika Syarikat bersedia untuk menghulur bantuan dalam sebarang cara. Kami turut berdoa untuk rakyat Indonesia dan semua pihak yang terlibat di dalam tragedi ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini.

— Bernama

0 Komen pengunjong :