Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sukan Komanwel: Emas Malaysia Masih Lagi Kekal Tiga Pada Hari Ketiga

NEW DELHI, 7 Okt — Sekalipun berusaha keras pasukan Malaysia hanya mampu menambah satu pingat emas semalam menjadikan jumlah tiga pada hari ketiga Sukan Komanwel ke-19 di sini.
Sejumlah 27 pingat emas dipertaruhkan semalam.
Pelumba basikal Josiah Ng meraih emas itu buat negara dalam acara basikal keirin, selepas Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi acara itu hilang kelayakan dan ini menyebabkan Malaysia kehilangan perak (Josiah di tempat kedua sebelumnya).
Katrina Ann Abdul Hadi pula tewas di kolam renang bila beliau tunduk kepada pesaing Scotland dengan hanya satu mata, demikian juga Lee Zhien Huey dan Png Hui Chuen, bila pasangan itu tamat di tempat keempat di peringkat akhir synchronised duet.
Harapan Malaysia dalam tinju juga bermula kurang baik bila Muhammad Hafiz Azan Naya ditumpaskan dalam perlawanan kelayakan kelas 60kg.
Tetapi Muhammad Farkhan berjaya ke pusingan akhir bila beliau menumpaskan Kokole Paneng, Lesotho 8-1 dalam perlawanan welter weight (69kg) lelaki.
Malaysia, dengan tiga pingat emas dan pada masa ini di tempat keempat, jauh di belakang Australia yang mendahului kedudukan dengan 22 emas, sementara India di tempat kedua dengan sembilan emas, dan England lima.
Hari ini, 35 pingat emas menjadi taruhan dan beberapa atlet Malaysia dijangka berpeluang menaiki podium.
Sementara itu, kehebohan masih didengar mengenai kesukaran penganjur memenuhkan stadium yang kosong.
Peminat India yang gagal menghadirkan diri beramai-ramai menyebabkan ketua Persekutuan Sukan Komanwel Michael Fennell merasa kurang senang.
“Kami telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana hendak mendapatkan penonton memenuhi stadium.
“Hanya jawatankuasa pengelola (jp) dan Kalmadi (pengerusi (jp) boleh menjawab semua soalan ini.
“Kami telah masuk hal ini dalam agenda untuk dibincangkan selanjutnya,” katanya kepada media.

— Bernama

0 Komen pengunjong :