Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SPR Larang KEADILAN, DAP Kibar Bendera Semasa Proses PRK Galas

galas-sk
GUA MUSANG 25 Okt - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan DAP tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing semasa proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya hanya membenarkan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sahaja mengibarkan simbol parti masing-masing.

"Barisan Nasional (BN) dibenarkan mengibarkan simbol parti-parti komponen mereka kerana BN berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.

"KEADILAN dan DAP, biarpun mendakwa sebagai pakatan pembangkang, mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Maka KEADILAN dan DAP tidak boleh mengibarkan simbol parti masing-masing, kecuali PAS," katanya selepas taklimat pilihan raya kecil DUN Galas kepada media di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Semalam BN mengumumkan Setiausaha Umno bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusoff, sebagai calonnya manakala PAS pula menamakan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad untuk mewakili parti itu.

Noordin berkata SPR akan mengambil tindakan menurunkan bendera bendera atau bahan kempen yang merujuk simbol parti tidak bertanding.

Sehubungan itu, beliau mahu semua parti bertanding mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ditanya sama ada SPR akan mengambil tindakan terhadap individu yang mengibarkan simbol parti tidak bertanding dalam kawasan rumah mereka, Noordin berkata sukar untuk pihaknya mengambil tindakan jika mereka meletakkannya di rumah masing-masing.

0 Komen pengunjong :