Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saya akan umum jawatan sesuai dalam waktu terdekat


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Walaupun sudah mempunyai kelayakan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih menunggu “masa yang sesuai” untuk mengumumkan pendirian rasminya. Anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menegaskan beliau hanya akan menawarkan diri untuk jawatan yang sesuai sahaja.
“Saya komited pada dasar-dasar perjuangan parti dan akan menawarkan diri untuk jawatan yang paling sesuai dalam masa terdekat.
“Sila nantikan sidang media saya dalam masa sehari dua ini. Tiada komen selanjutnya,” kata Nurul Izzah menerusi khidmtan pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.
“Dalam mesyuarat Biro Politik parti, kita menetapkan untuk menerima pencalonan daripada enam cabang parti yang menghantar senarai pencalonan Majlis Pimpinan Pusat selepas 10 Oktober.
“Cabang tersebut termasuk Semporna, Setiawangsa, Titiwangsa, Selangau, Segambut dan Beluran. Dari enam cabang tersebut, Semporna mencalonkan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
“Dengan ini Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. Jadi beliau layak untuk bertanding,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.
Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dari cabang Keningau.
Nurul Izzah sebelum ini dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Calon yang layak untuk bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK)  perlu menyerahkan borang pencalonan pada 16 Oktober ini.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.
Anwar menyerahkan kepada Nurul Izzah membuat keputusan.


Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :