Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat bijak, tidak terpedaya projek segera

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Janji kerajaan Pusat bahawa tiada projek segera di Dun Galas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan Umno BN mengakui strategi turun temurun mereka itu tidak lagi mampu memperdaya rakyat.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat sudah pandai menilai sikap Umno BN yang 'prihatin' kepada nasib rakyat apabila tiba waktu pilihan raya sahaja.
"Rakyat sebenarnya cerdik menilai keikhlasan Umno dan pemimpin mereka kini sedar rakyat tidak boleh lagi dipermainkan dengan janji-janji sebegitu," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya berkata, kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen PRK Galas.
Menurut Firdaus lagi, rakyat Kelantan khususnya anak muda perlu berani menolak Umno BN memandangkan pentadbiran PAS di negeri itu mengambil berat hal rakyat dan bebas daripada penyelewengan.
"Selama 20 tahun Kelantan di bawah PAS, rakyat sangat harmoni, tak perlu lagi BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Mengulas kesan kalah menang di Galas, beliau berkata, PRK Dun itu sangat unik kerana komposisi penduduknya pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asal.
Mana-mana parti yang menang, katanya mencerminkan penerimaan perbagai kaum terhadap parti tersebut.

0 Komen pengunjong :