Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengambilalihan Pentadbiran PLUS Perlu Telus


SHAH ALAM 17 Okt : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan, sekalipun kadar tol di empat lebuhraya utama PLUS Ekspressway Berhad (PLUS) tidak akan dinaikkan untuk 5 tahun akan datang, namun kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan kepada pemegang konsesi tersebut. 
"Ini bermaksud bahawa walaupun orang ramai tidak membayar tol, tetapi di dalam perjanjian konsesi kerajaan Malaysia dengan PLUS, ada klausa yang mengatakan bahawa, kalau tarif tidak naik, maka alternatif kedua ialah pampasan daripada pihak kerajaan kepada pihak PLUS," katanya.
 Beliau yang dihubungi TV Selangor menjelaskan, bahawa rakyat dan kerajaan sebenarnya yang akan kehilangan sumber kewangan, apabila pembiayaan dilakukan melalui kaedah tersebut.
 Ini berikutan kewujudan tawaran dari Kumpulan UEM Berhad (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd pada harga RM23 bilion. 
 Dalam pada itu, Charles turut mempersoalkan ketelusan dan kaedah sekiranya urusniaga tersebut dilakukan, termasuk butiran, dan bagaimanakah transaksi tersebut akan dijalankan. Beliau turut mempersoalkan, apakah kos dan harga yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk pengambilalihan tersebut, dinilai mengikut harga pasaran semasa. 
"Adakah kos yang dibayar oleh pihak KWSP dan UEM dengan harga yang kompetitif. Kita tidak tahu, sebab sampai sekarang kita tidak tahu butir-butir mengenai isu ini. "Tetapi pada pandangan saya, apa yang penting dan apa yang perlu ialah untuk mengadakan satu proses terbuka dan telus untuk mengatakan siapa yang boleh mengambil alih PLUS," katanya. 
Charles mendesak pihak yang berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan, berikutan jumlah transaksi atas urusniaga tersebut berjumlah lebih RM 20 bilion.  
"Ini sebenarnya adalah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, tetapi isu yang dibangkitkan harus dijawab oleh Kementerian Kewangan sebab mereka yang berkait. Mereka yang mengawal agensi tersebut untuk semua urusan, penswastaan dan sebagainya." jelasnya.

0 Komen pengunjong :