Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pelantikan Ku Li Tidak Beri Kelebihan Kepada Sesiapa

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau tidak nampak pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas nanti, memberi kelebihan kepada parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) atau PAS.
Ini kerana, katanya, yang akan bertanding bukannya antara anggota Parlimen Gua Musang itu dengan PAS, tetapi antara PAS dengan Umno.
“Jadi, saya tak nampak pelantikan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kelebihan kepada mana-mana pihak, sama ada PAS atau Umno. Yang pasti PAS akan berlawan dengan Umno bukannya dengan Tengku Razaleih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, PAS menaruh keyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Galas itu berdasarkan kepercayaan rakyat kawasan berkenaan serta rekod perkhidmatan parti itu melalui bekas wakil rakyatnya, Allahyarham Chek Hashim Che Sulaima.
“Kita masuk pilihan raya ni, tidak kira siapa yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya, yang penting kita akan memastikan kemenangan setiap kali kita berdepan dengan parti dalam satu-satu pilihan raya,” katanya.
Katanya, peranan yang dimainkan Allahyarham menjadi satu aset penting penerimaan rakyat atau pengundi kawasan itu untuk memilih PAS pada pilihan raya kecil itu.
Ditanya mengenai saranan Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan supaya Umno dan PAS berkompromi dan memberi laluan tanpa bertanding kepada PAS, Nasharuddin berkata, ia suatu lontaran pendapat peribadi Takiyuddin sendiri.
Beliau juga yakin pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan suasana kempen parti politik dalam pilihan raya kecil itu, kerana suasana politik di Kelantan berbeza dengan negeri lain.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandang wakil rakyat kawasan itu, Chek Hashim Che Sulaiman, 46 akibat penyakit barah usus Isnin lepas.

(Bernama)

0 Komen pengunjong :