SHAH ALAM 23 Okt - Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilham) kesal apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dikatakan menjadi penaung kepada pertunjukan fesyen yang secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Presiden pertubuhan itu, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata umat Islam khususnya di Malaysia telah dikejutkan dengan pertunjukkan fesyen yang telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.
"Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah SAW?
"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?" soal beliau.
Ilham katanya lagi melahirkan kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.
"Kita menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’.
"Kita juga melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program tersebut.
Justeru, kata Mohd Azizul, Ilham turut menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.
"Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.
"Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya," tambah beliau dalam kenyataan media tersebut.

pendapat peribadi sbg seorg komentator: bg jim bagus juga si kak mah ni buat fashion show tu, ia telah menunjukkan siapakah beliau yang sebenarnya..dan ini adalah bonus untuk semua parti pembangkang bagi meraih undi yang banyak dikalangan orang yang beriman...wahai rakyat sekalian yang BERIMAN, (yang beriman sahaja yer saya tujukan)...setelah apa yang suami isteri pemimpin Malaysia ni lakukan adakah kite sanggup melangkah setapak kaki kite ke neraka?...sesungguhnya Allah menjadikan akal dan segala pancaindera kite ini untuk melihat kebesaranNYA dan pilihlah jalan yang benar untuk selamatkan diri kamu kelak.
ReplyDeleteSemoga mereka-mereka yang beriman akan celik mata dan tidak tuli telinganya lagi setelah melihat dan mendengar akan apa yang dah Rosmah buat.
ReplyDelete