Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kekangan Berterusan Terhadap Media Didalangi APCO?

TKKUALA LUMPUR 23 Okt - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kejatuhan indeks kebebasan media merupakan loceng amaran kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional apabila masyarakat antarabangsa memandang begitu rendah terhadap amalan kebebasan media di negara ini.

Beliau berkata hampir semua media di negara ini mempunyai kaitan dengan parti politik Umno-BN atau pun dikawal oleh tokoh-tokoh tertentu yang mempunyai hubungkait dengan parti tersebut.

"Undang-undang yang ada sekarang, yang mana setiap tahun suratkhabar ini kena dapat permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga tidak munasabah.

"Kita lihat seperti masalah yang dihadapi suratkhabar daripada Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, The Rocket dan Harakah, yang mana KDN sengaja melambat-lambatkan  pengeluaran permit penerbitan," kata Teresa kepada Suara Keadilan.

Sebelum ini KDN sengaja melengahkan pembaharuan permit penerbitan Harakah dan The Rocket sementara lidah rasmi KEADILAN terus digantung tanpa memberikan apa-apa alasan sehingga kini.

"Kesemua dasar dan undang-undang ini telah menyekat kebebasan akhbar di Malaysia dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan Umno-BN jika mereka benar-benar ingin menunjukkan kepada masyarakat luar negara bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media," tambah beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Teresa tidak menolak kemungkinan kekangan berterusan terhadap media di negara ini didalangi oleh syarikat perunding pro Zionis Israel, Apco worldwide kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 - yang terendah dalam tempoh sembilan tahun - dalam senarai 178 negara.

Malaysia gagal memanfaatkan peningkatan kedudukannya pada tahun lalu yang naik satu anak tangga - dari 131 kepada 132.

Yang menariknya, Singapura (136) buat pertama kalinya mengatasi Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.

Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).

RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik.

2 comments :

  1. sudah pasti dalangnya APCO..dan sesungguhnya jangan lah kamu berurusan dengan mereka kerana mereka pasti ada niat disebaliknya...jadi BN teruskan lah berurusan dengan APCO untuk menghancurkan bangsa,negara dan agama...

    ReplyDelete
  2. APCO ni bukan nak memakmurkan negara tapi menghancur adalah. Oleh kerana puak-puak yang mengikut telunjuk APCO tu tak cerdik, maka ikut ajelah apa yang APCO suroh buat.

    ReplyDelete