Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib dakwa kesan buruk jika BN hilang kuasa

 
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.
Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.
Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Ke-20 di sini malam tadi, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.
“Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan”, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan ekoran pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.
Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) diperkenalkan.
“Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik,” katanya.

— Bernama

*Kembara Jr.......... Wahai Perdana Menteri 1Malaysia, rakyat sebenarnya mengharapkan BN hilang kuasa bukan kekal berkuasa. Kalau BN hilang kuasa bukan kesan burok yang akan diterima tetapi rakyat yakin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebeh baik daripada sebagaimana sekarang. Jadi, usahlah mengharapkan rakyat akan mengekalkan pemerentahan BN dalam PRU13 nanti. Rakyat dah tidak mahu ditipu lagi!!

0 Komen pengunjong :