Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes liwat: Rektum Saiful ‘kosong’, kata pakar bedah

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.” “Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.
Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.
Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.
Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.
Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.
Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.
Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.
Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008

0 Komen pengunjong :