Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kepincangan Melayu Berpunca Dari Zaman Mahathir

SHAH ALAM 1 Okt - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata kepincangan yang ditanggung oleh bangsa Melayu kini adalah akibat kesan daripada dasar pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun yang mengangkat budaya kronisme dan nepotisme.
Akhirnya kata Saifuddin, Dr Mahathir dan Umno telah menjahanamkan nasib dan masa depan orang Melayu serta kesucian agama Islam.
"Yang jahanamkan orang Melayu bukannya orang Cina yang namanya Kit Siang, yang menjahanamkan agama kita bukannya Melayu, bukan Cina yang namanya Guan Eng, Karpal Singh, Sivarasa atau pun Tian Chua.
"Dalil yang pertama, apakah betul Umno jaga agama? Orang Melayu di negara kita ini agamanya Islam. Berita yang terbaru tetapi dilaporkan akhbar antarabangsa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meluluskan lesen judi kasino di Sabah.
"Baru-baru ini kita lawan dia nak bagi lesen bola sepak kepada Tan Sri Vincent Tan. Bukan Najib bagi tapi Mahathir bagi. Dua tiga minggu sebelum Mahathir berhenti dia bagi lesen judi tersebut," jelas beliau.
Beliau berucap pada ceramah umum di Kedai Buluh, Marang, Jumaat lalu ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengugut kononnya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum akan datang
Menurut Saifuddin, selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri, Vincent Tan telah datang berjumpa dengan beliau meminta lesen judi kerana Dr Mahathir telah memberikan kelulusan untuk lesen judi bola sepak tetapi ditolak kerana takut akan dipersoalkan oleh PAS.
Katanya lagi, perkara itu didedahkan dalam sebuah buku oleh seorang penulis dari Singapura yang mempunyai pengalaman 25 tahun mengikuti perkembangan politik di Malaysia khususnya Umno.
"Ketika buku itu pada mula diterbitkan, Umno  tidak benarkan buku itu dijual di Malaysia. Hari ini pula, seorang pelukis kartun, Zunar pula ditangkap kerana ingin melancarkan buku kartunnya. Dia kena tangkap, bukunya kena rampas. Kartun pun Umno takut sekarang ini," ujar beliau.
Beliau menegaskan Umno yang beria-ia ingin meluluskan lesen judi bermula zaman Dr Mahathir, kini diteruskan pula di zaman Datuk Seri Najib Razak.
Justeru itu katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar Najib supaya berterus terang menyatakan pendiriannya  berhubung isu lesen judi yang mahu diluluskan sedangkan dalam Islam hukumnya jelas haram.

0 Komen pengunjong :