Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Karpal disyaki demam denggi, kes liwat Anwar ditangguh

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari kerana peguam utamanya Karpal Singh kurang sihat, dipercayai dijangkiti demam denggi. Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menerima permohonan pasukan pembelaan agar kes itu ditangguhkan sehingga esok sementara menanti laporan keadaan kesihatan Karpal.
Bagaimanapun Zabidin menasihatkan panel peguam Anwar agar bersedia dengan peguam utama lain bagi membolehkan perbicaraan diteruskan.
Seorang peguam panel Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa Karpal kelihatan kurang sihat sejak minggu lalu.
“Malah beliau juga tidak sihat semalam, tetapi beliau (datang kerana) tidak mahu melengahkan perbicaraan,” kata beliau.
Katanya, Karpal telah menjalani ujian darah di Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam dan keputusannya dijangka diketahui hari ini.
Terdahulu, Zabidin membenarkan permohonan yang dibuat oleh seorang daripada peguam bela yang mewakili Anwar, Ram Karpal untuk menangguh perbicaraan kes itu sementara menunggu keputusan ujian darah Karpal.
Ram memberitahu mahkamah bahawa Karpal masih tidak sihat apabila beliau menemui bapanya itu pagi ini.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan tidak membantah penangguhan itu memandangkan mereka telah mengetahui bahawa Karpal tidak sihat sejak semalam.
Beliau meminta pasukan pembelaan untuk membuat persediaan yang perlu bagi meneruskan pemeriksaan balas terhadap pakar bedah umum Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim, yang disoal Karpal semalam.
Zabidin memaklumkan pasukan pembelaan bahawa peguam bela lain dari pasukan itu perlu mengambil alih pemeriksaan balas itu jika Karpal masih tidak dapat hadir esok.
Hari ini, Karpal dijadual meneruskan pemeriksaan balas terhadap Dr Razali.
Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Semalam, Dr Razali dalam keterangannya mendedahkan tentang kewujudan laporan perubatan pertama berkaitan sejarah dan pemeriksaan pengadu dalam kes itu Saiful.
Hari ini, beliau dijangka menyerahkan laporan yang disediakan olehnya dan dua lagi pakar HKL selepas mereka memeriksa Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun, 2008, yang disimpan di HKL dan tidak diserah kepada mahkamah sebagai bahan bukti.
Laporan itu dibuat sebelum laporan penuh yang bertarikh 13 Julai.
Laporan bertarikh 13 Julai itu diserah kepada mahkamah sebagai bahan bukti.

0 Komen pengunjong :