Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Istana Negara Baru: Anwar Mahu PAC Siasat

KUALA LUMPUR 18 OKT: Tindakan kerajaan memberikan kontrak pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta kepada sebuah syarikat, Maya Maju (M) Sdn Bhd yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menimbulkan kesangsian kepada rakyat.

Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pagi tadi yang memetik laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bahawa syarikat tersebut yang dimiliki Datuk Haji Man Mat, bekas Bendahari Umno Merbok didaftarkan pada Ogos 2008, berstatus 'dorman' dan kontrak pembinaan istana pula diberikan pada 26 Oktober, 2007.

"Yang lebih parah, syarikat tersebut tiada lesen PKK untuk dipertimbangkan bagi kontrak dari Jabatan Kerja Raya. Saya  meminta YB Balik Pulau (Yusmadi Yusuf) membawa isu ini ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara(PAC), saya mahu melihat ketegasan PAC dalam menyediakan laporan bagi kes ini," kata beliau.

Selain itu, Anwar juga menyatakan syarikat tersebut tidak langsung didaftarkan dengan CIDB yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan di negara ini.

Beliau menjelaskan menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, '...tiada seorangpun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang satu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga'.

"Kalau Umno pilih satu syarikat, dia boleh batalkan semua undang-undang negara ini. Ini masalahnya, bukan 'rule of law' tetapi 'law of the jungle' yang dibawa oleh para pemimpin ini," katanya lagi.

Anwar turut mempertikaikan pendirian kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengembar-gemburkan isu ketelusan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) dan bermacam lagi slogan tetapi tiada satupun dilaksanakan apabila berurusan dengan kroninya sendiri.

"Ini menunjukkan syarikat tersebut tidak menjalankan apa-apa perniagaan dan tidak mempunyai 'track record' pengalaman dalam pembinaan.

"Tugasnya apa? Bina istana. Apa statusnya? Dorman. Siapa punya? Bekas Bendahari Umno Merbok, Datuk Haji Man bin Mat," tegas beliau dalam ucapannya di Parlimen pagi tadi.

Menurut beliau, syarikat tersebut mengemukakan kos RM394.8 juta tetapi selepas rundingan bersama Kementerian Kerja Raya, kos meningkat kepada RM649 juta dan seterusnya meningkat lagi ke RM811 juta kerana tambahan kerja menaik taraf Jalan Changkat Semantan.

"Apa sebabnya? Sebabnya tak ada tender, tender inilah yang dipertahankan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang menyebabkan kos terpaksa ditanggung oleh rakyat," tegas beliau.

0 Komen pengunjong :