Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ibrahim Enggan Sahut Cabaran Khalid

SHAH ALAM 4 Okt - Keengganan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyahut cabaran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Ibrahim supaya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Galas membuktikan pertubuhan itu sememangnya bersekongkol dengan Umno.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ibrahim Ali keberatan menjawab soalan yang diajukan berhubung cabaran Khalid lalu memberi alasan sedang memandu kereta.
"Saya tengah memandu ni dari Ipoh ke KL," begitu jawapan Ibrahim walaupun diminta masa hanya seminit untuk memberi jawapan.
Dalam responsnya terhadap sikap Ibrahim, Khalid berkata cabaran beliau adalah 'acid test' atau penentu kepada samada benar Umno tidak berpakat dengan Perkasa atau retorik pemimpin Umno menolak badan itu sekadar retorik politik semata-mata.
"Kalau benar-benar Perkasa tidak bersama Umno seperti didakwa, Ibrahim sepatutnya beranilah untuk bertanding di Galas. Tetapi kalau dia tidak berani memang sahlah Perkasa dan Umno adik beradik," jelas beliau.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno engganan bekerjasama dengan Perkasa dan mendakwa pertubuhan itu telah menghakis sokongan pengundi terhadap Umno.
Malah kata beliau Umno juga tidak akan menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

0 Komen pengunjong :