SHAH ALAM 4 Okt - Badan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku tulisan Kim Quek, 'The March to Putrajaya - Malaysia's New Era is at Hand' sambil menyifatkan kritikan kepada golongan berkuasa adakah teras amalan demokrasi.
Alasan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam bahawa buku tersebut tidak sesuai dibaca oleh rakyat Malaysia serta mengandungi dakwaan dan spekulasi terhadap pemimpin negara yang boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat tidak boleh diterima akal kata Suaram dalam satu kenyataan media Jumaat lalu.
"Suaram berpendirian tidsk ada buku yang harus diharamkan untuk menghalang peredaran ide dan rakyat seharusnya bebas untuk mencari serta menerima ide-ide tersebut," kata Koordinator Suaram, E Nalini.
Sehubungan itu badan tersebut mendesak agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan yang mana ia digunakan sewenangnya untuk mengharamkan buku Kim Quek.
"Sekali lagi akta ini digunakan secara rambang dan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik bukan untuk menjaga keamanan awam tapi sebab penguasaan," ujar beliau.
Menurut pengedar buku itu, Gerak Budaya, beberapa naskah buku tersebut telah di rampas daripada sebuah kedai buku Popular Bookstore di Kuantan Megamall, Pahang pada 19 Ogos lalu.
Suaram berkata perbuatan tidak demokratik merampas buku tersebut adalah satu tindakan jelas untuk menakut-nakutkan pengedar.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
1 month ago
0 Komen pengunjong :