Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Galas: Khalid mahu lagakan saya dan Ku Li, dakwa ketua Perkasa

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS mahu melaga-lagakan beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah dengan mencabarnya bertanding di Galas pada pilihan raya kecil kali ini.
Kelmarin, Khalid mencabar Ibrahim agar membuktikan yang Perkasa bukan pertubuhan bukan kerajaan yang memihak dan menyokong Umno.
Ibrahim sebelum ini berkali-kali menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.
Pun begitu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan menganggap cabaran Khalid sebagai satu pengiktirafan.
“Saya anggap cadangan Khalid agar saya bertanding di Galas merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan beliau terhadap diri saya.
“Tetapi saya lebih mementingkan khidmat yang berkesan. Tambahan pula Galas adalah Ku Li (Tengku Razaleigh)... saya tidak mahu Ku Li serba salah dan mungkin ini adalah niat Khalid.
“Jadi kasihan kepada Khalid, cabaran ‘low class’. Niatnya supaya saya akan pecahkan undi, menyusahkan Ku Li dan membantutkan perjuangan Perkasa membela Islam dan Melayu yang gagal dilaksanakan PAS,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Tengku Razaleigh merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan pengarah pilihan raya Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Galas.
Ibrahim bagaimanapun berterima kasih kepada Khalid kerana sedar dan mengiktiraf kehebatan, kebolehan dan kemampuan beliau sebagai pemimpin.
“Dalam saya menghargainya, saya mesti jujur kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kerana saya sekarang masih Ahli Parlimen.
“Saya tidak tamak macam pemimpin pembangkang yang jadi Adun dan Ahli Parlimen.
“Dapat dua gaji tapi khidmat pada rakyat sekadar projek ceramah perdana,” katanya.
Ibrahim juga mempersoalkan mengenai pembangunan kilang arak di Shah Alam.
“Saya nak tanya Khalid macam mana pembangunan kilang arak Carlsberg di Shah Alam yang beliau lawat.
“Oleh kerana label Carlsberg hijau, maka ia selari dengan warna PAS yang juga hijau. Terima kasih Khalid atas sanjungan kepada saya,” katanya.
Kelmarin Khalid mencabar Ibrahim agar bertanding pada pilihan raya kecil kerusi DUN Galas untuk membuktikan yang pertubuhan Melayu itu tidak berpihak kepada Umno.
“Kalau beliau (Ibrahim) tidak bertanding dan berkempen untuk BN, rakyat akan sedar bahawa ini adalah permainan politik Umno,” kata Khalid.
“Ini adalah kaedah yang dilakukan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu ekstrem dan biasa,” tambah beliau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil kerusi Galas yang kosong minggu lalu.
DUN Galas mempunyai seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.
Pecahan peratus pengundi adalah Melayu terdiri daripada 61.63 peratus, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, orang Asli 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus.

0 Komen pengunjong :