Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Biarpun Dibantah Umno-BN Tetap Benarkan Konsert Artis Gay

  adam1KUALA LUMPUR 14 Okt - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tetap berdegil membenarkan artis gay yang penuh kontroversi, Adam Lambert mengadakan konsert di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.

Apa yang ganjilnya, di sebalik banyak pihak terutamanya di negara Barat mempertikaikannya,  Umno-BN  pula secara tiba-tiba meluluskan konsert tersebut.

Menurut Naib Ketua Pemuda DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata walau apa pun alasannya, kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan atas penganjuran konsert sebegini.

"Kementerian tersebut memegang kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu konsert, sepatutnya mereka lebih peka terhadap penganjuran sesuatu konsert di mana bukan sekadar bentuk konsert tersebut perlu diteliti, bahkan artis tersebut juga perlu dinilai.

"Adam Lambert adalah artis kotor yang terkenal dengan imej 'gay' serta pengakuannya bahawa beliau memang pengamal gay amat menjijikkan," kata Suhaimi.

Jelas Suhaimi lagi, imej beliau yang terpampang di internet turut memaparkan perlakuan songsang ketika beraksi di pentas.

"Apakah mesej yang hendak kerajaan paparkan dengan kelulusan konsert Adam Lambert ini? Adakah ini bermaksud, kerajaan mahu menghalalkan kegiatan gay dan seks bebas di Malaysia.

"Adakah mungkin juga pergaulan bebas dan perzinaan telah dihalalkan? Bukan payah bagi remaja yang mengandung tanpa suami, sekolah di Melaka telah menyediakan tempatnya," ujar beliau lagi.

Tambahnya, disebabkan sikap segelintir  penganjur yang tamakkan keuntungan maka masalah yang bakal menimpa masyarakat khususnya anak-anak muda tidak dihiraukan.

"Walaupun mungkin garis panduan yang diberikan amat ketat, namun siapapun tidak akan lupakan artis simbol seks ini.

"Yakinlah, konsert sebegini pasti mengundang padah.

"Akan ada remaja perempuan yang mengandung hasil anak luar nikah selepas menonton konsert ini. Akan ada botol-botol arak yang diminum oleh remaja khususnya yang beragama Islam, dan mungkin ada pasangan gay yang turut hadir ke konsert sebegini

"Kerajaan Umno-BN nampaknya seperti memberikan lesen besar kepada anak muda untuk bebas melakukan apa sahaja semasa dan selepas konsert tersebut," tegas Suhaimi dalam kenyataan media semalam.

Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :