Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin nafi campuri pemilihan parti

azmin-ali2KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali hari ini menjelaskan beliau tidak mencampuri urusan pemilihan parti sebagaimana tanggapan pihak tertentu.
"Semua masalah parti, salahkan saya. Saya bukan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti).
"Macam mana saya boleh manipulasi pemilihan parti? Ini pemilihan secara terus. Ada wakil JPP pada setiap pemilihan cabang yang mengawasi mesyuarat pemilihan," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga meminta semua pihak supaya boleh menerima keputusan yang dibuat oleh ahli parti.
Ahi Parlimen Gombak itu dipercayai mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam mesyuarat pemilihan PKR termasuk dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan parti.
Azmin yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti November ini berkata, beliau bukan setiausaha agung yang boleh mengawal parti. "Saya tidak boleh kawal semua"
"Saya tidak boleh mengawal parti dan Ketua Umum PKR. Saya tidak boleh kawal semua," katanya .
Ketua Cabang PKR Gombak itu juga ditanya mengenai lawatannya ke Jakarta baru-baru ini.
Azmin menjawab, "ia lawatan kerja, bukan ada pertemuan rahsia. Selain Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Yusmaidi (Yusof) ada sama. Saya tidak bekerja secara berkelompok." katanya.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Shamsul kerana mahu mendapatkan undi dari ahli AMK, Azmin berkata, beliau kenal dengan semua orang.
Mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan persiden PKR, Azmin berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Besar Selangor itu.
Azmin juga memberitahu, notis yang dihantar oleh parti kepada ketua cabang mengatakan mereka yang mahu bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mesti mengembalikan jawapan sebelum 10 Oktober lalu.


Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :