SHAH ALAM 3 OKT - Penganalisis politik, Profesor Aziz Bari berpendapat tidak adil bagi pihak tertentu untuk 'menghukum' Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata wujud masalah pada proses pemilihan peringkat cabang parti itu.
Menganggap ia sebagai perkara baik dalam memperkasa demokrasi kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, sebarang masalah mahupun kelemahan adalah petunjuk kedudukan kuasa rakyat dipulihkan.
"Di mana-mana negarapun, (perkara) yang baru diperkenalkan akan berhadapan masalah tetapi saya harap pada masa depan, ia akan bertambah baik," katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Aziz mengulas paparan negatif media arus perdana memapar dan membesar-besar masalah pada proses pemilihan di beberapa cabang PKR walaupun 95 peratus cabang lain di seluruh negara, berjalan lancar.
Sebagai parti politik yang baru dan tidak memiliki prasarana lengkap, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, rancangan pemilihan langsung harus dilihat sebagai langkah positif.
"Ini kali pertama pemimpin dipilih ahli parti secara terus. Kedua, kedudukan PKR itu dengan sendirinya terdedah pada sabotaj dan pendedahan media yang negatif. Malah, ramai ahli begitu teruja untuk menggunakan hak mereka.
"Kerana tidak ada pengalaman, maka kekecohan dan mungkin salah prosedur serta masalah lain berlaku. Ini perkara biasa," katanya.
Beliau berharap prosedur sistem pemilihan dapat diperbaiki pada masa depan supaya PKR mampu menerajui budaya politik baru dalam proses demokrasi di negara ini, dengan menghakis anasir asing baik dalam mahupun pihak luar.
"Saya rasa kalau prosedur sistem itu telus, mereka yang nak mensabotaj itu akan berasa malu dan menghentikan kerja mereka. Pada saya, sabotaj dibolehkan selagi sampai ke tahap jenayah," katanya.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
0 Komen pengunjong :