Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Pemimpin PKR Usah Guna Media Umno

LONDON 3 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat.

“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.

“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata pemimpin ini pada satu majlis di sini, hari ini.

Mengikut laporan Malaysian Insiders, Anwar juga mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan “media Umno atau duit.”


Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemu bual Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk “Jangan halang saya bertanding”.

Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan calon agar menghormati proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung dan biarkan ahli memutuskan dengan mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan.

Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.

“Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah,” kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.

Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.

PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.

Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan.

Mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang yang menyaksikan proses pencalonan berakhir hari ini dengan tujuh cabang ditangguhkan ekoran kekecohan minggu lalu.

0 Komen pengunjong :