Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Mengapa lantik 1MDB yang belum teruji?




Kerajaan mengambil risiko besar yang membabitkan keselamatan dan kewangan negara, dengan melantik syarikat 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) untuk mengendalikan projek pembangunan yang bernilai berbilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tidak ada bukti untuk menunjukkan yang IMDB baru berusia tidak sampai setahun, mampu projek besar seperti Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan.

"Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik," katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada 12 Oktober, bahawa mereka mencatat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang.

Oleh itu, beliau mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu.

0 Komen pengunjong :