Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ahli Parlimen Ketawakan Jawapan Nazri

sprKUALA LUMPUR 27 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.

Anwar berkata tugas SPR sepatutnya menjamin pilihan raya diadakan dalam keadaan bebas dan adil.

"Kalau SPR betul-betul adil dan bebas kenapa tidak boleh pantau perkara ini.

"Kalau menurut jaminan Menteri, SPR adalah adil dan bebas dan jika ini betul maka tidak akan boleh kalah. Itu merupakan logik yang tidak betul sebab ada kes di mahkamah kadang-kadang perompak pun boleh menang tidak semestinya dia betul," bidas  Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa dengan penjelasan Nazri tersebut.

Beliau juga menjelaskan bukan niatnya untuk mengumpamakan SPR sebagai perompak tetapi alasan yang diberikan Menteri tidak langsung masuk akal.

"Sepatutnya SPR mempertimbangkan pendaftaran 4 juta pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki.

"Ini kata 4 juta tidak berdaftar sebab salah alamat, ini merupakan alasan karut," tegas beliau.

Kata beliau lagi, sebab yang diberikan adalah cuma sekadar alasan untuk tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan supaya sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah itu boleh mengundi. Ini tidak, Menteri pula yang bagi jawapan salah alamat. Mana dia tahu salah alamat?," soalnya ketika bangun meminta Nazri memberi penjelasan berhubung isu sama ada kerajaan bercadang untuk mendaftarkan pengundi yang layak secara automatik.

Sebelum itu, dalam menjawab sesi soal jawab pertanyaan lisan pagi semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dalam soalannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan samada kerajaan bercadang mencari kaedah penyelesaian bagi memdaftarkan pengundi secara automatik.

Nazri dalam jawapannya berkata kerajaan tidak ada cadangan untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun dengan alasan sebahagian rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.

0 Komen pengunjong :