Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasatan Kamera Intip Siap Minggu Depan

SHAH ALAM 23 Sept - Laporan lengkap berhubung penemuan kamera intip yang diletakkan secara sembunyi di dalam pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diketahui selewat-lewatnya minggu depan.
Abdul Khalid berkata setakat ini beliau belum mendapat apa-apa laporan berhubung isu berkenaan memandangkan kebanyakan kakitangan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Saya belum dapat lagi berita disebabkan minggu lepas semua orang bercuti, saya rasa minggu depan baru dapat laporan secara terperinci berhubung isu ini," ujar beliau pada sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.
Bulan lalu, Abdul Khalid mendedahkan beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di belakang langsir di dalam pejabatnya dan dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.
Serentak dengan penemuan itu, beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.
Tambahnya, pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.
Sehubungan  itu, setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata beberapa individu dikenal pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri.
Selaras dengan itu, sepasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

0 Komen pengunjong :