Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor Diklasifikasi Laporan Audit MPK Untuk Tatapan Umum

SHAH ALAM 9 Sept - Kerajaan negeri Selangor akan mengkasifikasikan semula laporan Pemeriksaan Audit Terhadap Penggunaan Kepala Surat Sokongan Untuk Mendapatkan Kontrak Kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang disiapkan Jabatan Audit Negeri  Selangor untuk tatapan orang ramai. 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menggunakan budi bicaranya di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengklasifikasikan semula laporan audit tersebut.
Beliau berkata hasil laporan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco semalam untuk tindakan selanjutnya. 
"Selain daripada menyemak dakwaan salah guna melalui surat sokongan yang melibatkan dua ahli majlis MPK, laporan ini juga bertujuan menilai setakat mana penggunaan surat sokongan di MPK telah memberi kesan terhadap pengurusan perolehan MPK.
"Secara  keseluruhannya, semakan audit mendapati surat sokongan tidak menjadi asas pertimbangan dalam pemilihan kontraktor atau syarikat bagi menjalankan kerja yang dikeluarkan MPK.
"Semakan audit terhadap 54 fail sebut harga dam tender di Jabatan Taman dan Rekreasi serta 45 fail sebut harga tender di Jabatan kejuruteraan mendapati pemilihan kontraktor dibuat berasaskan prosedur sebut harga dan tender yang ditetapkan," jelas Abdul Khalid dalam satu kenyataan akhbar.
Jelas Menteri Besar, walaupun terdapat 54 kontraktor yang dipilih bagi kerja-kerja di Jabatan Taman dan Rekreasi disertakan surat sokongan, semakan audit mendapati pemilihan adalah dibuat berdasarkan kriteria dan kelayakan kontraktor.
Semakan audit secara keseluruhannya mendapati surat sokongan tidak menjadi asas pertimbangan dalam pemilihan kontraktor atau syarikat bagi menjalankan kerja yang dikeluarkan oleh MPK.
"Bagi isu bekas ahli majlis MPK Tee Boon Hock, yang telah dilucutkan jawatannya, semakan audit mendapati Tee Boon Hock telah melanggar etika kerana ketika memberi sokongan, beliau gagal membuat deklarasi bahawa syarikat tersebut adalah milik anaknya.
"Adalah amat jelas terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) dan beliau sepatutnya membuat deklarasi untuk mengelak perlanggaran etika tatacara memberi sokongan untuk dapatkan kontrak," ujar beliau.
Jabatan Audit Negeri Selangor membuat beberapa cadangan kepada MPK antaranya:
1. Sentiasa mematuhi Garis Panduan Tindakan Ke atas Sokongan Yang Diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
2. Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis hendaklah mengelak daripada mempengaruhi atau memberi tekanan kepada pengurusan MPK bagi membolehkan keputusan dibuat secara telus.
3. Tidak melantik Ahli Majlis sebagai Ahli Lembaga Perolehan Pihak Berkuasa Tempatan.
"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga. Kerajaan negeri berpegang kepada prinsip pentadbiran telus dan bertanggungjawab dan kerana itu kita mengklasifikasikan semula laporan semakan audit ini untuk membolehkan rakyat menelitinya," tegas Abdul Khalid.

0 Komen pengunjong :