Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno jangan perkecil Perkasa, kata setiausaha agung

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menasihatkan Umno jangan sama sekali memperkecilkan pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu itu dengan menegaskan, pihaknya bukan punca terhakisnya sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, beliau juga memberitahu Perkasa tidak pernah meminta agar Umno atau BN memberi laluan atau sokongan kepada Datuk Ibrahim Ali untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pasir Mas atas kapasiti sebagai wakil rakyat Bebas.
“Tolonglah hati-hati bila buka mulut. Banyak sangat lalat keluar dari mulut mereka ini bila dibuka. Jangan perkecilkan Perkasa. Kami tak rugi apa-apa,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini.
Pada Mac lalu Perkasa pernah memberi kata dua agar tidak ada mana-mana pihak memusuhi pertubuhan itu jika mahukan sokongan ketika pilihan raya umum akan datang.
Syed Hassan berkata, beliau juga hairan kerana Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berani buat kenyataan bahawa Umno dan BN tidak akan memberi sokongan kepada Ibrahim selaku calon Bebas, sebaliknya akan meletakkan calon di Pasir Mas seperti biasa.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
“Sebelum itu saya nak tanya kepada Ku Nan (Tengku Adnan), bila masa Perkasa minta kerusi Parlimen Pasir Mas diberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dengan tiada calon BN diletakan bersaing sama?” kata beliau.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.
Pendirian yang sama juga dilahirkan oleh beberapa pemimpin Umno sebelum ini termasuk Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.
“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.
Kata Syed Hassan, kenyataan Tengku Adnan dengan mendakwa sesetengah tindakan Perkasa tidak menggembirakan Umno kerana pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan rakyat kepada Umno adalah sangat angkuh.
“Saya ingatkan Ku Nan bahawa sesetengah tindakan Umno dan BN sendiri sekarang semakin menjauhkan pengundi kepada mereka.
“Mereka sendiri yang membuatkan mereka hilang sokongan. Perkasa hanya menegur supaya mereka (Umno dan BN) sedar akan tindakan-tindakan mereka ada yang tak betul.
“Tapi kalau nak anggap ia (teguran Perkasa) sebagai semakin menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN terpulanglah,” katanya lagi.
Syed Hassan berkata kenyataan seperti Tengku Adnan yang antara lain menyebabkan Umno hilang sokongan.
“Ini terbukti pemimpin Umno masih lagi bersikap angkuh yang mana ia menjadi salah satu sebab Umno ditolak oleh rakyat ketika pilihan raya umum ke-12.
“Ramai yang kata punca banyak rakyat tolak BN di pilihan raya umum ke-12 adalah angkara Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), tapi sebenarnya pemimpin-pemimpin di sekeliling Pak Lah juga penyumbang besar mengapa rakyat tolak BN di pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” katanya.
Beliau menambah, banyak kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan BN lain sekarang semakin membuatkan rakyat menjauhkan diri daripada mereka.

0 Komen pengunjong :