Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Merdekakah Malaysia Andai Istihar Darurat Belum Dibatal

Tahukah anda walaupun hari ini kita sudah Merdeka 53 tahun namun pengistiharaan darurat masih belum lagi dibatalkan? Dari segi teknikalnya, negara masih dalam keadaan darurat yang diisytiharkan pada tahun 1964 dan pada tahun 1969.
Justeru ia menimbulkan persoalan mengapa sehingga kini kerajaan masih belum menarik pengistiharaan darurat ini.
Menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya pengistiharaan darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan.
Terdapat dua kaedah untuk menamatkan darurat menurut Perlembagaan Persekutuan. Pertamanya, Yang Di-Pertuan Agung boleh menamatkan darurat setelah dinasihat Perdana Menteri.
Dan keduanya, Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan usul untuk membatalkan darurat. Namun, sehingga kini, Parlimen tidak menamatkan darurat melalui saluran tersebut.
Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi oleh wartawan TV Selangor berpendapat dalam pada kita menyambut kemerdekaan, kita juga perlu menyedari bahawa sebenarnya ada lagi elemen-elemen darurat yang terdapat di Malaysia.
“Undang-undang AKTA ISA seperti ordinance darurat walaupun tidak disebut akta darurat iaitu ISA itu sendiri tetapi peraturan dalam ISA itu ataupun yang dulunya itu ordinance perkara 17 sebenarnya telah dimasukkan ke dalam ISA”
Menurut Syed Ibrahim, perkara 17 berkenaan adalah tahanan tanpa bicara bilamana ada tahanan tanpa bicara ini dan kuasa yang ada pada pihak polis dan juga pihak Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa bicara atau mengemukakan apa-apa bukti maka itu sebenarnya adalah menunjukkan pengertian bahawa kita tidak merdeka.
Beliau turut mendakwa kerajaan masih enggan membatalkan pengistiharaan darurat serta memansuhkan akta ISA kerana ianya digunakan untuk menutup mulut pengkritik selain melindungi kepentingan peribadi sesetengah pemimpin.
Syed Ibrahim menggesa agar rakyat bangkit dalam memperjuangkan erti kemerdekaan yang sebenarnya demi generasi masa hadapan khususnya untuk memansuhkan akta ISA dan akta-akta zalim yang lain.
Beliau yang turut mengulas makna kemerdekaan bagi beliau adalah perjuangan sepertimana generasi terdahulu memperjuangkannya sehingga sanggup ditahan seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan sebagainya dan menjadi harapan beliau semoga rakyat Malaysia bangkit memperjuangkan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya dan pada masa yang sama juga turut berkorban demi untuk masa depan yang lebih baik lagi daripada sekarang. 

-MOHD EZLI MASHUT

0 Komen pengunjong :