Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KDN Dibidas Tak Peduli Aduan Rakyat Dizalimi Polis

PUTRAJAYA 9 Sept - Lawyers For Liberty, sebuah inisiatif yang memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap Kementerian Dalam Negeri yang bersikap peluk tubuh berhubung beberapa kes berkaitan kejadian tembakan polis ke atas orang awam, kematian semasa dalam tahanan dan dakwaan penyeksaan oleh pihak polis.
Seramai 10 orang peguam daripada badan itu mengiringi ahli dan keluarga mangsa, mangsa sendiri dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menyerahkan memorandum pada seorang pegawai KDM pada pukul 11.30 pagi semalam.
Mereka pada awalnya ingin menyerahkan memeorandum tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Dastuk Seri Hishammuddin Hussein atau Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mahmood Adam namun mereka dikatakan sudah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri,
Mangsa yang hadir termasuk Norizan Salleh, 30,  yang ditembak sebanyak lima das oleh polis pada 30 Oktober 2009, dua daripadanya terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
Norizan juga mendakwa beliau telah ditendang sehingga patah dua tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta setelah polis melepaskan tembakan kepadanya.
Turut hadir juga termasuk keluarga remaja 14 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis di Shah Alam 26 April lalu serta keluarga kawan mangsa Azammuddin Omar disamping keluarga A Kugan, 23, yang mati semasa dalam tahanan polis di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan 2009.
Disamping keluarga remaja 18 tahun, Mohd Afham Arin yang ditembak mati oleh polis pada 20 Oktober 2009 di Taman Johor Jaya, Johor dan juga Shahril Azlan Ahmad Kamil, 26, yang menjadi mangsa tembakan polis pada 16 April 2009.
"Adakah tidak ada keadilan di Malaysia? Bolehkan pihak polis menyalahguna kuasa ikut suka hati mereka dan kemudiannya tidak didakwa di hadapkan ke muka pengadilan, dakwaan jenayah dan tindakan disiplin ke atas semua kejadian tembakan rambang, kematian dalam tahanan dan penyeksaan ke atas tahanan?
"Kami ingin mengingatkan Menteri Dalam Negeri berhubung kes kekejaman polis sejak dua tahun lalu yang masih menunggu jawapan dan keadilan. Ahli keluarga, penyokong, peguam mereka tidak akan membenarkan pihak berkuasa menipu mereka melalui tindakan separuh serius dengan harapan ia kelamaan akan luput daripada ingatan," kata badan itu dalam satu kenyataan.
Lawyers For Liberty juga menegaskan perlantikan Ketua Polis Negara yang baru memberi peluang untuk memperbaiki imej pasukan polis yang sekian lama tercalar dan dicemari dengan anggapan kekejaman, bertinbdak sesuka hati, menembak secara rambang, korup dan bertindak sebagai pelindung kepada golongan kaya dan berkuasa yang menindas rakyat miskin dan lemah.
Menteri pula bertanggungjawab mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan profesionalisme pasukan polis yang diakui oleh mana-mana anggota polis berada pada tahap yang amat rendah.
"Tidak ada jalan pintas untuk mereformasi dan menebus kembali kegagalan polis. Keputusan tegas perlu diambil dan sudah tentunya mereka yang berada di dalam kedudukan kuasa akan cuba menghalang," tegas badan itu lagi.
Badan itu mendesak Hishammuddin mengambil langkah segera termasuk mendakwa tanpa rasa takut pesalah dalam pasukan polis termasuk Ketua Polis Selangor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terlibat dengan jenayah serta pelanggaran disiplin.
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) hendaklah disegerakan seperti mana cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada 2004.
Badan itu juga mendesak penyemakan semula prosedur operasi standar berhubung penggunaan senjata api dan penahanan atau interogasi disamping mencadangakan supaya Perdana Menteri dan Kabinet memohon maaf secara terbuka kepada mangsa dan keluarga mereka terhadap tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis yang selama ini dianggap kebal daripada sebarang tindakan.

0 Komen pengunjong :