Showing posts with label KDN. Show all posts

KDN Dibidas Tak Peduli Aduan Rakyat Dizalimi Polis

PUTRAJAYA 9 Sept - Lawyers For Liberty, sebuah inisiatif yang memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap Kementerian Dalam Negeri yang bersikap peluk tubuh berhubung beberapa kes berkaitan kejadian tembakan polis ke atas orang awam, kematian semasa dalam tahanan dan dakwaan penyeksaan oleh pihak polis.
Seramai 10 orang peguam daripada badan itu mengiringi ahli dan keluarga mangsa, mangsa sendiri dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menyerahkan memorandum pada seorang pegawai KDM pada pukul 11.30 pagi semalam.
Mereka pada awalnya ingin menyerahkan memeorandum tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Dastuk Seri Hishammuddin Hussein atau Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mahmood Adam namun mereka dikatakan sudah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri,
Mangsa yang hadir termasuk Norizan Salleh, 30,  yang ditembak sebanyak lima das oleh polis pada 30 Oktober 2009, dua daripadanya terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
Norizan juga mendakwa beliau telah ditendang sehingga patah dua tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta setelah polis melepaskan tembakan kepadanya.
Turut hadir juga termasuk keluarga remaja 14 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis di Shah Alam 26 April lalu serta keluarga kawan mangsa Azammuddin Omar disamping keluarga A Kugan, 23, yang mati semasa dalam tahanan polis di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan 2009.
Disamping keluarga remaja 18 tahun, Mohd Afham Arin yang ditembak mati oleh polis pada 20 Oktober 2009 di Taman Johor Jaya, Johor dan juga Shahril Azlan Ahmad Kamil, 26, yang menjadi mangsa tembakan polis pada 16 April 2009.
"Adakah tidak ada keadilan di Malaysia? Bolehkan pihak polis menyalahguna kuasa ikut suka hati mereka dan kemudiannya tidak didakwa di hadapkan ke muka pengadilan, dakwaan jenayah dan tindakan disiplin ke atas semua kejadian tembakan rambang, kematian dalam tahanan dan penyeksaan ke atas tahanan?
"Kami ingin mengingatkan Menteri Dalam Negeri berhubung kes kekejaman polis sejak dua tahun lalu yang masih menunggu jawapan dan keadilan. Ahli keluarga, penyokong, peguam mereka tidak akan membenarkan pihak berkuasa menipu mereka melalui tindakan separuh serius dengan harapan ia kelamaan akan luput daripada ingatan," kata badan itu dalam satu kenyataan.
Lawyers For Liberty juga menegaskan perlantikan Ketua Polis Negara yang baru memberi peluang untuk memperbaiki imej pasukan polis yang sekian lama tercalar dan dicemari dengan anggapan kekejaman, bertinbdak sesuka hati, menembak secara rambang, korup dan bertindak sebagai pelindung kepada golongan kaya dan berkuasa yang menindas rakyat miskin dan lemah.
Menteri pula bertanggungjawab mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan profesionalisme pasukan polis yang diakui oleh mana-mana anggota polis berada pada tahap yang amat rendah.
"Tidak ada jalan pintas untuk mereformasi dan menebus kembali kegagalan polis. Keputusan tegas perlu diambil dan sudah tentunya mereka yang berada di dalam kedudukan kuasa akan cuba menghalang," tegas badan itu lagi.
Badan itu mendesak Hishammuddin mengambil langkah segera termasuk mendakwa tanpa rasa takut pesalah dalam pasukan polis termasuk Ketua Polis Selangor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terlibat dengan jenayah serta pelanggaran disiplin.
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) hendaklah disegerakan seperti mana cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada 2004.
Badan itu juga mendesak penyemakan semula prosedur operasi standar berhubung penggunaan senjata api dan penahanan atau interogasi disamping mencadangakan supaya Perdana Menteri dan Kabinet memohon maaf secara terbuka kepada mangsa dan keluarga mereka terhadap tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis yang selama ini dianggap kebal daripada sebarang tindakan.
Seterusnya >>>

KDN Nafi Campurtangan Urusan Polis

8 Sept - Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.
Ketua setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata beberapa karenah birokrasi mungkin memberi kesan kepada pasukan itu.
"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.
"Pada masa yang sama, tugas dan khidmat utama PDRM adalah tanggungjawab mereka sendiri dan isu campurtangan oleh kementerian tidak wujud,” kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru.
Seterusnya >>>

KDN Ikut Rentak Tari Umno-BN

Kementerian Dalam Negeri serta Menterinya boleh memberi seribu satu alasan untuk menafikan hak media Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan dan Harakah.
Namun rakyat yang sudah celik minda dapat melihat dengan terang ibarat melihat  badut diwaktu siang, disuluh pula dengan ‘spotlight’.
Sepertimana dilaporkan, pihak Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk seperti yang didakwa KDN. Lawak betul!
Bila mana diminta salinan surat-surat berkenaan dan bukti terimanya pun, KDN membisu seribu bahasa!
Justeru jika kewujudan surat-surat itu dipertikaikan, siapa yang patut dipersalahkan?
Sudah tentu Najib dan sepupunya Hishammuddin.
Begitu juga bila mana KDN dilihat cuba bermain politik soal artikel "Felda Bankrap" yang sepatutnya KDN tidak ‘overacting’, tetapi sebaliknya perlu ‘tenang macam biasa’ ketika mana pemimpin Pakatan Rakyat difitnah dan diputarbelitkan kenyataannya oleh akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia.
Ada pernah KDN keluarkan surat tunjuk sebab? Ada pernah digantung permitnya? Ada?
Begitu juga dalam kes terbaru melibatkan Suara Perkasa yang mendapat bantahan hangat oleh MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri. Kita tidak melihat KDN menunjukkan taringnya kepada media pro Umno-BN! Rakyat yang cerdik tidak pelik melihat rentak tari Menteri KDN itu.
Justeru kita ingin mengingatkan PM 1Malaysia, supaya melihat balik slogan ‘rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’ dalam kes KDN dan permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah.
Jangan lupa, KEADILAN dan PAS adalah dua buah parti berdaftar yang halal dalam struktur demokrasi Malaysia.
Suara Keadilan dan Harakah pula adalah lidah rasmi, organ parti berkenaan.
Menafikan hak Suara Keadilan dan Harakah daripada mendampingi  ahli dan penyokong KEADILAN, PAS dan Pakatan Rakyat  menunjukkan pimpinan Najib tidak mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.
Sebaliknya, sekadar tindakan terdesak dan bacul demi survival Umno-BN.
Apalah kecoh sangat soal 8 naskah suratkhabar Suara Keadilan atau Harakah, jika tidak dihantar kepada KDN?
Buktikan KDN memang menghantar surat-surat berkenaan dan bukti penerimaannya.
Buktikan kepada siapa dan alamat mana ianya dihantar.
Buktikan juga jika benar ada surat-surat amaran, dan lain-lain yang dihantar berkait perkara berkenaan.
Jika KDN mesra rakyat atau tidak ‘memusuhi Pakatan Rakyat’, kenapa pihak KDN tidak berusaha menangani isu remeh ini dengan cara lebih mesra pelanggan, bermatlamatkan penyelesaian masalah?
Contohnya, susah sangatkah untuk seorang pegawai KDN membuat panggilan telefon, susulan mengenainya di peringkat awal lagi?
 Mengenai artikel berkaitan Felda dan lain-lain yang mungkin tidak memenuhi selera KDN, jika benar ianya fitnah, biarkan saja Felda menyaman dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Suara Keadilan.
Memang itu yang selama ini diamalkan dilakukan oleh Ketua Pembangkang dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa media arus perdana.
Cukuplah Umno dan BN saja bermain politik. KDN tak perlu mengikut telunjuk dan rentak tari mereka.

- Suara Keadilan
Seterusnya >>>

KDN perlu bertindak adil

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak secara adil kepada akhbar milik pembangkang dan jangan menjadi seperti ‘budak bodoh’ apabila berdepan dengan akhbar milik kerajaan. Justeru, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menyeru KDN supaya bersikap dan bekerjalah secara profesional. Begitupun, tegasnya, Pemuda PAS menempelak tindakan KDN yang bertindak menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS.
Sebelum ini, KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.
Suhaizan berkata, tindakan KDN itu jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah.
Buktinya, kata beliau Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh Perkasa yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya diberikan amaran sahaja sedangkan kenyataan yang dikeluarkan sememangnya berbaur perkauman.
Tambahnya, Suara Perkasa itu sendiri pun tidak melambangkan konsep 1Malaysia yang sibuk dilaungkan oleh Kerajaan Umno BN sekarang ini.
“Kemudiannya jika dilihat pula kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian, kenyataan-kenyataan dan artikel-artikel yang dikeluarkan saban hari memfitnah pembangkang dan membohongi rakyat secara terang-terangan akan tetapi selamat dari sebarang tindakan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, akhbar milik kerajaan itu sentiasa cuba memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan isu yang dimainkan sememangnya jelas berbaur perkauman.
Beliau mengambil contoh bagaimana Utusan Malaysia memutar belit kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu lawatan beliau ke Washington, baru-baru ini.
Begitu juga, katanya dalam isu tanah Melayu di Pulau Pinang, mereka menggambarkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng bertindak sesuka hati merampas tanah orang Melayu tanpa belas kasihan.
Baginya, akhbar berkenaan cuba menimbulkan isu perkauman daripada isu ini.
“Jadi sudah terang dan jelas Utusan bermain api perkauman tetapi mengapa tiada tindakan diambil?
“Bukankah ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di antara kaum di negara ini?” soalnya.
Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan mengapa KDN hanya membisu dalam hal itu.
Bahkan, ujarnya banyak lagi rencana yang kalau hendak diambil kira sememangnya cukup layak KDN bertindak, namun KDN hanya mengambil sikap butakan mata, pekakkan telinga.
Itu, katanya belum lagi dilihat kepada lambakan majalah-majalah separuh bogel dan berbaur lucah serta kurafat yang boleh memesongkan akidah umat Islam dalam negara kita.
Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar KDN bertindak ke atas Utusan Malaysia dan Berita Harian yang saban hari mengeluarkan artikel yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam serta membohongi rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali terhadap pembangkang.
“KDN perlu bertindak secara adil kepada semua. Jangan bertindak hanya kerana akhbar tersebut milik pembangkang namun menjadi seperti ‘budak bodoh’ bila berdepan dengan akhbar milik kerajaan. Bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam ‘melayu’,” katanya lagi.

- Harakahdaily

Kembara Jr......... KDN janganlah bersikap berat sebelah. Jangan kerana akhbar tersebut pro Umno/BN, jika kesilapan dilakukan hanya diberi amaran atau teguran tetapi kalau akhbar pembangkang buat kesalahan terus digantung. Dalam soal sebegini kaji kesalahan mereka, tak kira lah mereka dari pehak mana dan buatlah keputusan yang betul. Barulah rakyat puas hati.
Seterusnya >>>

KDN geledah kilang cetak Harakah, cari SK

SHAH ALAM, 7 Julai: Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan.
Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR.
"Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit.
Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'.
Sebelum digeledah, katanya lagi, wujud pertikaman lidah antara seorang pegawai lelaki KDN dengan seorang pekerjanya.
"Waran tak ada, nak geledah geledahlah tapi kalau ada yang hilang, CCTV ada untuk tangkap yang curi dalam kilang ini," ujar beliau lagi memetik amaran pekerjanya itu.
Dalam perkembangan berkaitan, KDN turut diwar-warkan mahu menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana sebelum ini untuk memburu edisi terbaru 'Era Keadilan'.
Inisiatif KDN itu ekoran iltizam PKR untuk terus menerbitkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu.
Pada 2 Julai lalu, permit Suara Keadilan digantung ekoran tersiarnya laporan 'Felda Bankrap' yang dianggap mengancam sensitiviti politik pihak tertentu dalam kerajaan.
Lanjutan itu, Felda bertindak menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta.
Manakala, PKR pula menyifatkan tindakan KDN dengan tidak merujuk kes tersebut ke mahkamah terlebih dahulu sebagai langkah membunuh kebebasan media.

- Harakahdaily
Seterusnya >>>