Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zeti Didesak Jelas Skandal Rasuah Cetak Mata Wang Libatkan Kroni Umno-BN

SHAH ALAM 2 Ogos - Senator Tunku Abdul Aziz mahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah mencetak mata wang negara yang didalangi oleh kroni Umno-Barisan Nasional.
Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.
Lambakan wang kertas ini akibat pencetakan wang berganda akan menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan bakal mengheret negara kepada inflasi kata Tunku Abdul Aziz.
Beliau berkata amalan rasuah kini sudah menular ke institusi kewangan negara sehinggakan tahap integriti dan urus tadbir BNM kini turut diragui.
"Sekarang, korupsi telah menguasai perjalanan pentadbiran di kedua-dua sektor; swasta dan kerajaan. Malang sekali buat negara kita, rasuah telah menjadi amalan hidup kita," ujar beliau ketika berucap dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Negara.
Beliau yang juga bekas pengerusi Transparency International Malaysia merujuk skandal berhubung komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima seorang usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah usahawan tersebut, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno, yang bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat itu dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Naib Presiden DAP itu juga mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara yang membabitkan perbelanjaan awam itu dilakukan melalui pihak ketiga.
Tegasnya, Zeti sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan berhubung isu itu.
"Saya kira, bagi berlaku adil serta melindungi nama baik dan reputasi beliau dan Bank Negara di mata dunia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu memberi komen terhadap laporan ini. Hanya dengan cara ini, beliau boleh menyelamatkan nama beliau.
"Kita tahu pihak berkuasa Australia telah membawa perkara ini kepada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah bagi menyiasat dakwaan ini yang mana nilai rasuah dengan penglibatan agen bernilai sehingga A$47 juta.
"Persoalan yang kita ingin penjelasan ialah mengapakah perolehan awam seperti wang plastik RM5 ini kita memerlukan agen yang bertindak bagi pihak kerajaan?," soal Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan penulisan buku mengenai integriti dan perjuangannya menentang rasuah.
Menurut beliau, skandal kontrak mencetak mata wang negara itu menyerupai pembelian peralatan ketenteraan yang menjurus kepada amalan rasuah ratusan juta ringgit seperti mana yang berlaku dalam pembelian kapal selam Scorpene.
"Sekiranya pihak kerajaan serius dan jujur dalam mewujudkan sebuah negara yang bebas rasuah, 'accountable' dan telus maka kita perlulah mengamal serta menerapkan ciri-ciri sedemikian," ujar beliau.

0 Komen pengunjong :