Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ISA : Tangkapan dedah sikap munafik kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tangkapan besar-besaran peserta himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi bercanggah dengan janji kerajaan untuk meminda akta tersebut dan membongkar sikap munafik kerajaan.
Demikian kenyataan media bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), hari ini.
Sehubungan itu, mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin berhubung memansuhkan ISA dan menahan sebanyak 36 orang.
“Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” ujar Datuk Dr. Toh Kin Woon, Presiden LLG; Wong Chin Huat, Presiden WAMI dan Liao Kok Fah, Pengerusi KLSCAH dalam kenyataan itu.
Menurut mereka, Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung Jun lalu bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di Parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman.
Hishammuddin pernah berkata: “Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman”.
“Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat,” ujar merela lagi.
Ini ditambah dengan sebanyak 589 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA pada 2009, jumlah tahanan disebabkan membantah ISA dalam masa dua tahun telah mencecah 625 orang.
Bagi mereka, jumlah tangkapan yang mengejutkan itu menunjukkan kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat, seolah-olah Malaysia telah memasuki era negara polis, slogan “Rakyat didahulukan” adalah janji kosong sahaja.
“Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri  dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul  tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman,” kata mereka lagi.
Setelah Parlimen meluluskan ISA pada 1960, akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas pembangkang dan mereka yang berlainan pendapat dengan pemerintah.
“Sehubungan dengan ini, kami mendesak kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah hilang objektif asalnya,” ujar mereka.

0 Komen pengunjong :