Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

umno-BN Takut Kuasa Rakyat Bersenjatakan Sebatang Lilin

SHAH ALAM 3 Ogos - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengecam keras tindakan pihak polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini berusia 50 tahun.
Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail berkata persatuan itu mengecam tindakan pihak polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.

"Selproa menggesa Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Malaysia di peringkat serantau negara-negara Asean  dalam AICHR (Asean Inter Governmental Commission of Human Right) agar segera menghantar notis bantahan keras kepada Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan hak asasi manusia  ini serta segera  menfailkan bantahan keras  ini kepada Sekretariat  Asean di Jakarta.

"Selproa turut menyokong gesaan bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (Wami) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)  agar Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," tegasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, walaupun selepas 53 tahun negara ini merdeka, kita beranggapan bahawa demokrasi di Malaysia sudah dikira matang tetapi  sebaliknya tindakan  menangkap secara beramai-ramai pada malam Ahad lalu menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat
Tambah beliau, Malaysia seolah-olah telah memasuki era ‘Negara Polis’ dan slogan 'Rakyat didahulukan' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah retorik dan omongan politik kosong semata-mata.
Pada malam Ahad lalu, seramai 36 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai  perhimpunan upacara nyalaan lilin sebagi simbolik membantah ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA di 8 lokasi utama di seluruh negara.

0 Komen pengunjong :