Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selepas Isu Kain Rentang Gagal Umno Guna Khutbah Pula

PULAU PINANG 23 Ogos - Setelah gagal mengugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan pelbagai dakyat dan fitnah sebelum ini, terbaru Umno menggunakan isu  nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agong sebagai modal politik murahan mereka.
Sambil menafi sekeras-kerasnya tohmahan yang dibuat Zahid, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati perkara itu tidak berlaku kerana teks khutbah khatib disediakan oleh bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
"Saya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit bagi mengembar-gemburkan kononnya kerajaan negeri menindas orang Melayu dan agama Islam, pihak tertentu sedang cuba mensabotaj pula melalui isu lain.
"Tindakan terdesak ini untuk melaga-lagakan hubungan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pihak istana, seterusnya menimbulkan kemarahan orang Melayu seperti yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang," tambah beliau.
Abdul Malik menjelaskan teks khutbah dikeluarkan mengikut bulan dan ia dibaca oleh semua imam  masjid di seluruh negeri tetapi ada juga imam yang menggunakan teks mereka sendiri.
"Siasatan mendapati tidak berlaku begitu. Ini kerana teks khutbah yang dibaca oleh para khatib disediakan oleh JAIPP dan tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang DiPertuan Agong.
Malahan katanya peraturan JAIPP juga jelas menyebut jika terdapat pentadbiran menjemput para khatib jemputan mestilah mendapat kebenaran JAIPP terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah.
Menurut Abdul Malik kerajaan negeri dan JAIPP tidak pernah mengeluarkan atau menerima arahan secara lisan atau bertulis untuk tujuan itu.
Menurut beliau, selepas dua tahun di bawah  pentadbiran Pakatan Rakyat, kerajaan negeri telah membuktikan martabat dan syiar Islam dijaga dan dimuliakan seperti peruntukan hal ehwal agama Islam ditambah 100 peratus daripada RM12.5 juta kepada RM24.3 juta sejak tahun 2008.
Begitu juga, kerajaan negeri telah memberi sumbangan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat serta program yang julung kali diadakan seperti bulan Al-Quran dan anugerah hufaz yang diadakan setiap tahun yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Keprihatinan Lim Guan Eng menghadiri majlis agama dan sambutan Maulidur Rasul dicemburui pihak tertentu.
Ini kerana Ketua Menteri Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah berbuat demikian dan hanya bergantung kepada talian hayat isu perkauman sempit untuk menarik semula sokongan orang Melayu.
Abdul Malik yakin majoriti rakyat Pulau Pinang tidak akan terpengaruh dengan dakyah yang cuba sebarkan oleh Umno.
Tohmahan serta fitnah yang dilemparkan pihak musuh kata beliau, tidak akan membantutkan usaha kerajaan negeri untuk terus memartabatkan agama Islam di Pulau Pinang.

0 Komen pengunjong :